Wednesday, February 20, 2013

Resepi Asam Pedas Melaka (Asli Katanya..)

Rabu, 20 Februari 2013

Assalamualaikum buat Nadia (junior Ummu Mujahid masa kat UTM) yang minta saya share resepi dentam dentum ni. Hihi. Teringat masa saya masak untuk Abu Mujahid dan famili Kajang Sabtu lepas. Saya yang ngidam nak makan Ikan masak asam pedas ala ala kedai kat Muar, susah susah nak gi Muar saya fikir balik baik masak sendiri lah! Jadi malam Jumaat tu pegi ke Tesco Kajang dgn adik ipar Fahimah beli barangan grocery dan ikan jenahak untuk masak asam pedas esoknya.

Kalau kita type resepi asam pedas melaka kat gugel, memang banyak lah resepi yang keluar. Tinggal nak tgk satu satu dan try je lah. Tapi saya dasar suka benda mudah dan senang, saya kaji resepi yang mudah untuk surirumah yang suka segalanya mudah. Hihi..dan jumpa lah blog Kak Diana ni. (Terima kasih sis Diana. I love you and your assam pedas recipe!)

Jadinya saya pun pukul 12 tghari bersiap masak tengahari untuk famili Kajang dan en.hubby. Doa-doa mudahan resepi yang di apply jadi. Resepi Asam Pedas Melaka Asli hasil nukilan Kak Diana adalah seperti berikut:

Asam Pedas Melaka Asli (sis Diana)

Asam Pedas Melaka Asli..Boleh guna Ikan Jenahak/Ikan Pari/Ikan Parang/Ikan Tenggiri

Bahan-bahannya :
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (resepi Kak Diana - bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
ps: bahan bahan atas ni, saya prefer tumbuk guna lesung batu je. Sbb blender mcm agak kurang "kick" rasanya. Ada setengah bahan yang telah sedia diblend macam bawang merah dan cili kisar. Bawang merah blend, saya potong bawang baru dan tumbukkan jugak sekali dgn bahan bahan tumis kat atas.
3 batang serai - dititik (resepi Ummu Mujahid - yang ni saya tumbuk ye)1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan (resepi Ummu Mujahid - saya tak jumpa pun daun kesum dengan bunga kantan kat Tesco. Saya ganti dengan daun kari depan rumah mak abah..hihi)bendi / terung (ganti dengan tomato. haha)air asam jawa
garam + gula
minyak
Caranya :
Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan kalian ye nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung (Ummu Mujahid masukkan tomato..)... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....
Kak Diana pun ada bagi tips nak masak asam pedas ni..
1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak...
2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...
3. lagi pekat, lagi sedap...
4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe

So, the verdict masakan tengahari tu..

Abu Mujahid makan sambil tersengih dan berkata "Lepas ni tak yah gi Muar dah.." Hihi. Ohh happynya..Alhamdulillah. Perasaan bila hubby puji lain tau. Rasa semakin bersemangat nak masak untuk beliau.

Adik Ahmad makan tambah sampai dua kali. Imah dan abah mertua juga makan penuh berselera..Alhamdulillah.

Saya keluar bersama Abu Mujahid selepas beliau makan. Masa siang ikan, Imah adik ipar tolong potong potong ikan dalam kuantiti yang agak banyak la..jadinya kami takut asam pedas ni tak habis dimakan (kalau tak menjadik). Jadi saya dgn konfiden, mungkin lepas keluar tengok rumah dengan en hubby baru saya makan sebab masih kenyang lagi.

Bila balik petang tu, buka tudung saji dapur..tinggal kuah asam pedas sahaja. Ikan dah habis. Huwaaa...sedih tak sempat makan masakan sendiri..mengidam pula tu. Tapi tak apa..taknak layan perasaan sangat, saya bersyukur..alhamdulillah asam pedas ada yang makan dan menyelerakan keluarga. Mungkin dah lama sangat tak makan masakan rumah kot. Jadi saya kelaparan petang tu makan ikan tilapia goreng berkuahkan kuah asam pedas yang tinggal. Alhamdulillah..jadi juga. Hehe.

Sekian. Sila mencuba ya! Assalamualaikum..

9 comments:

  1. baca pon dah meleleh air liur,haha.Asam pedas ni our fav ni:)

    ReplyDelete
  2. miss yaya..hihi. try laa masak kat rumah. mmg menjadik, inshaAllah. rahsia dia belacan tu kot! hehe..

    Bila akak bgtau hubby letak belacan beliau tekejut gak..hihi

    ReplyDelete
  3. insyallah, kalau sempat sy mask this weekend:P

    ReplyDelete
  4. Adoiii.. akak baca pun dah terliur ni.. harus lah try..

    ReplyDelete
  5. huuuu memang menyelerakan

    http://umiadamfaris.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. terimakaseh....esok saya nak cuba.

    ReplyDelete
  7. Kalau lauk asam pedas, memang berselera makan. Lepas subuh esok nak masak asam pedas ikan parang. Untuk lauk tengah hari..
    Nak masak awal, baru sebati..

    ReplyDelete
  8. sedapnya asam pedas ni.. boleh try jugak.. :-)

    ReplyDelete
  9. Ermm...terasa2 kt mulut.esok nak masak pagi2 utk lauk lunch..
    Terima kasih resepinya..

    http://duamasa.blogspot.com

    ReplyDelete